Mengapa perlu belajar sejarah?
Mengapa perlu belajar sejarah?
Ha! persoalan macam ni mesti pernah timbul dalam kepala korang kan? Semah dulu masa sekolah pun sama jugak. Macam yang Semah pernah cakap sebelum ni la, kalau nak memupuk minat dalam matapelajaran sejarah korang kena tahu dulu kepentingannya dan kenapa nak kena belajar. Bila benda-benda macam ni dah jelas dalam otak korang barulah senang nak belajar sejarah.
Sebenarnya dalam hidup korang, hari-hari korang perlukan sejarah sama ada secara sedar atau pun tidak. Bila korang tak tau sejarah, tu la yang mula muncul benda-benda negatif seperti pergaduhan antara kaum, mempersoalkan perkara-perkara sensitif dan macam-macam lagi.
Mula-mula dulu Semah fikir, eh apasal Semah kena belajar sejarah? dah lepas tu dah la, buat apa nak ingat-ingat, move on sudah!
Tapi bila Semah fikir-fikir balik baru Semah faham, betul la kata-kata yang menyatakan "Mereka yang melupakan sejarah akan cenderung mengulanginya". Kata-kata ni sama la macam yang mak ayah atok nenek korang suka cakap tu, "aku dah makan garam dulu". Maksudnya apa yang kita lalui hari ini, mereka dah lalui sebelumnya. So kalau korang belajar dan faham sejarah boleh la korang mengelakkan perkara-perkara yang tak baik. The more you know about the past, the better prepared you are for the future.
Semua ilmu pengetahuan di dunia ini memerlukan sejarah, tak kisahla matematik ke, sains ke, bahasa ke, geografi ke. Eh banyak plak "ke"!
Eh Semah apa ke hal subjek lain perlukan sejarah?
Ha tula korang tak tahu, ingat subjek-subjek lain yang korang belajar tu baru wujud ke zaman moden ni? Jangan nak perasan!
Benda ni semua dah wujud sejak zaman tamadun awal lagi hokey! So nak gali semua ilmu tu, kena la belajar sejarah. Rekod-rekod lama tu tentang ilmu matematik, ilmu sains tu semua bukan datang bergolek macam tu je ya. Asas pengetahuan tu semua dari zaman dahulu lagi. So siapa kata zaman dulu tak penting? siapa kata sejarah ni pasal orang yang dah tak ada?
So kesimpulannya, belajar sejarah menjadikan anda lebih bijak! sebab anda dah tahu banyak perkara. Anda hanya perlu menambah baik pengetahuan sedia ada untuk menjadikan diri anda terbaik pada masa kini.
Actually dalam silibus sejarah tingkatan 1 ada diterangkan mengenai kepentingan mempelajari sejarah. Iaitu:

- Mengenal asal usul
- mempelajari akan membolehkan kita mengenal asal usul keluarga dan negara
- kita juga dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa
- contohnya: kita dapat mengetahui bagaimana wujudnya kepelbagaian kaum di Malaysia dan kemunculan pelbagai jenis budaya
- Mengambil iktibar
- melalui sejarah kita dapat mengambil iktibar di atas peristiwa lalu
- mereka yang tidak mempelajari sejarah tergolong dalam kalangan mereka yang rugi kerana berkemungkinan mengulangi kesilapan masa lalu
- Memupuk semangat patriotisme
- pembelajaran sejarah mampu membangkitkan perasaan untuk menghargai warisan negara
- warisan negara wajar dipelihara untuk dihayati oleh generasi masa hadapan
- sifat menghargai warisan negara dapat menyemai rasa cinta akan negara serta menaikkan semangat patriotik
- Mengukuhkan perpaduan
- pemahaman mengenai peristiwa sejarah amat penting untuk memupuk keharmonian kaum
- sejarah bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan, malahan membentuk masyarakat yang mempunyai kesedaran untuk menjaga dan meneruskan adat resam serta tradisi
- Membangunkan negara dan bangsa
- ilmu sejarah membantu mengekalkan kemerdekaan dan kegemilangan yang telah dicapai
- masyarakat akan lebih memahami budaya dahulu dan kini untuk dijadikan perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa depan
- Mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah
- pembelajaran sejarah dapat meningkatkan pemikiran kritis dan analitis
- mampu membuat tafsiran terhadap peristiwa yang berlaku
- mendorong seseorang memahami peristiwa sejarah secara lebih empati
- contohnya:
Cantik tak grafik dan contoh yang ditunjukkan? Ha kalau nak tau ni bukan idea Semah. Semah ambil dari modul sejarah https://learningport.com.my/ So kalau korang nak belajar sejarah secara efektif, interaktif dan menyeronokkan boleh la korang cuba langgan modul sejarah learning port ni. Adik Semah pun guna, bagus. Cikgu-cikgu pun boleh guna untuk dijadikan bahan pengajaran.
Terbaikkkk ! Saya suka
ReplyDeletelol
ReplyDeletechupapi
Deleteok
ReplyDeleteBeroq
ReplyDeleteentah
ReplyDeletesejarah bosan aku pon th
ReplyDeleteRespect and I have a nifty supply: Where To Start House Remodeling house exterior renovation
ReplyDelete