Tips cemerlang Sejarah!

Seperti yang Semah dah janjikan dalam post sebelum ni, tentang bagaimana minat Semah terhadap sejarah bermula. jeng..jeng..jeng..mesti semua berdebar kan..sabar k..Semah pun berdebar sambil menitik air mata kegembiraan. (sorry gais, Semah mamang sejenis konpiden terlebih).

Ok, sebelum Semah start bercerita tentang minat Semah terhadap sejarah, rasanya elok terlebih dahulu Semah menceritakan kenapa Semah benci atau tak suka sejarah masa sekolah. (adik-adik jangan jadi macam Semah ye..menyesal nanti) kenapa menyesal? hah tu nanti kalau rajin Semah akan huraikan ya.

Sebab- sebab Semah tak suka sejarah:

  1. Bosan 
  2. Kena hafal
  3. Susah nak ingat
  4. Cikgu tak best sebab dia baca kat buku teks pastu suruh garis kat perkataan yang dia suruh. bosan tau tak!  dah la cikgu tu pakai tudung senget, geram je Semah tengok, rasa macam nak tolong betulkan je..hahaha ( tak semua ek..ada la 1, 2 cikgu sejarah Semah yang tak best)
  5. Banyak tulisan (eh ko dah kenapa Semah, memang la nak belajar kena membaca, membaca mesti la kena tgk banyak tulisan! ni sebenarnya alasan si Semah nak nampak tak bersalah)
So inilah antara alasan-alasan Semah bila orang tanya kenapa tak minat sejarah. Korang tak payah nak eksen kata eleh Semah tu... tak yah nak eleh-eleh sangat..macam Semah tak tau, korang pun sama.

Sebenarnya kan, bila Semah kenang-kenang balik zaman sekolah Semah, banyak yang Semah kesalkan. Yela Semah ni kan remaja purba, zaman Semah sekolah dulu e-learning ni semua belum femes kat Malaysia, jangan kan kata e-learning, zaman tu Semah kalau nak guna internet kena pegi cyber cafe tau..tak pun ngadap la dial up kat rumah..hazab weh.. yang tak tau pasal dial up tu korang boleh la bukak link ni https://iluminasi.com/bm/5-nostalgia-penggunaan-internet-zaman-dulu-yang-takkan-dilupakan.html pandai-pandai la korang baca sendiri. Korang yang hidup zaman sekarang ni untung la semua mudah ada depan mata. Kalau la zaman Semah ada e-learning tu semua confirm Semah sekarang tengah study kt Oxford atau pun Harvard (hello-hello jangan ingat Semah ni tak pandai pulak, Semah masuk universiti no 1 tau kat Malaysia walaupun belajar zaman internet dial-up).

Penatlah melalut panjang-panjang, Semah pun dah pening.

Ok sekarang waktu yang dinanti-nantikan semua, iaitu detik-detik Semah mula meminati bidang sejarah.

Teknik Semah memupuk minat terhadap Sejarah:


  1.  Memahami sebab perlunya untuk belajar sejarah. ni penting ye. bila korang dah tau dan faham sebab pentingnya pengetahuan sejarah barulah korang akan mudah untuk belajar sejarah.
  2.  Jangan hafal! hah ni kesilapan yang Semah buat masa sekolah dulu. gigih menghafal pastu time exam tak ingat. kenapa jadi macam ni? sebabnya korang tak faham apa yang korang hafal! so jangan buat macam ni. kesilapan macam ni yang buatkan korang tak minat sejarah. subjek sejarah tak salah, teknik korang yang salah.
  3. Fahamkan peristiwa sesuatu sejarah. Tak payah nak fikir pasal tak ingat tahun or tarikh. faham kan dulu peristiwa tersebut dan automatik nanti anda akan ingat tarikh tu dengan sendiri. tapi kalau tak ingat tarikh korang jangan risau la..exam mesti lulus kalau korang tau kronologi atau peristiwa sesuatu sejarah tu. 
  4. Jangan kedekut ilmu! hah ni tips penting tau. Semah dulu lepas baca dan faham, Semah akan cerita kat kawan Semah. Kawan Semah dapat ilmu, Semah pun dapat ilmu. Teknik ni memang berkesan sebab bila kita cerita balik apa yang kita tau, memori tu akan lebih kuat tersimpan dalam otak kita. tak percaya try la.mesti menjadi.
  5. Soal atau question tentang sesuatu yang kita baca. jangan main terima aja. contohnya mengenai perjuangan menuntuk kemerdekaan negara. masa baca kita buat soalan, kenapa masyarakat Melayu ketika itu berjuang untuk merdeka? tidak bolehkah negara kita diperintah oleh British? Apakah kesannya jika British terus memerintah?
  6. Menyelami situasi ketika itu. Masa korang baca, korang kena fahamkan situasi pada masa tersebut. Kiranya cuba meletakkan diri korang pada zaman itu. Barulah mudah korang nak faham peristiwa yang korang baca dan sebab kenapa berlakunya perkara itu. Contohnya, mengapa masa kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, masyarakat mudah menerima mereka? Mengapa kehadiran Jepun membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat tempatan? kalau Jepun tak datang masa tu, adakah masyarakat akan bangkit menentang British?
So ini adalah antara tips atau petua-petua dari Semah. Adik-adik yang tak minat sejarah atau yang rasa sejarah ni susah, boleh cuba teknik-teknik yang Semah bagi ni. Semoga membantu ya. 

p/s: Semah yang hidup zaman dial-up ni boleh tak kan la korang tak boleh kan?

Comments

  1. Sejarah ni bagi saya amat menakutkan, selepas dibaca kemudian dipersoalkan....bertanya-tanya, tertanya-tanya...namun persoalan tergantung....sejarah bagi saya adalah perkara2 yang dah lepas....dah mati....
    Tolong la saya macamana nk menambah minat membaca sejarah ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow aaa takut betul dengan sejarah. rileks, Semah dulu pun macam tu, sebab tu Semah kata, kita kena faham dulu apa kepentingan sejarah dan kenapa perlu belajar sejarah. sejarah tak mati ya aaa..teruskan bersama Semah untuk lebih memahami sejarah. jangan lupa follow blog Semah ya :-) kalau aaa masih bersekolah, Semah cadangkan aaa langgan modul sejarah learning port https://learningport.com.my/ kat sini aaa boleh belajar sejarah dengan mudah dan menyeronokkan

      Delete
  2. Semah, anda sangat membAntu saya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mengapa perlu belajar sejarah?

Mnemonik Sejarah