Buku teks SEJARAH penting!


Ni Semah nak bagitau kat adik-adik yang masih bersekolah. Jangan malas ya bukak buku teks. Jangan jadi macam Semah dulu, dapat buku teks Semah simpan dalam stor, hujung tahun angkat balik bawak pergi sekolah untuk dipulangkan. Eh buruk betul perangai ko Semah dijaman dahulu👊Jangan abaikan buku teks atas alasan ko dah beli buku-buku kat pasaran tu..tak payah eksen dik oi..kalau tak percaya tanya cikgu sejarah korang, Semah yakin cikgu korang setuju dengan Semah.

Ok, kenapa Semah kata buku teks penting?

Kalau korang nak tahu, buku teks tu lengkap dan memenuhi silibus atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Ada faham? So jangan menyombong dengan buku teks. Hargai buku teks.

Semua soalan yang keluar masa peperiksaan adalah berasaskan maklumat yang terdapat dari dalam buku teks, kecuali KBAT. Jadi korang tak payah nak habiskan duit parents korang dengan beli banyak-banyak buku. Hanya beli buku latihan banyak-banyak.

Tapi bagi Semah la kan, korang tak payah la nak tradisional sangat. Benda boleh mudah, yang korang nak susah tu kenapa? buat apa nak beli buku latihan banyak-banyak? berat kot.. pegi sahaja langgan learning port interactive https://learningport.com.my/ lebih mudah. Nak pegi bercuti ke, balik kampung ke, korang dah tak payah risau nak bawak buku. Boleh belajar menerusi hp, laptop dan pc. Tapi korang jangan la bendul sangat, dah Semah kata boleh guna pc korang p angkut pc masa pegi bercuti! 

Selain tu, Semah tengok modul-modul dorang ni di bina selaras dengan buku teks sekolah. Cumanya mereka ni lebih interaktif. So lebih mudah faham sebab ada video, ada contoh yang lebih banyak dan ada juga mindmap dorang sediakan. Mudah sangat la nak faham dan ingat. 



Ni contoh video pengenalan sebelum start topik tentang Malayan Union



Contoh content yang disediakan

Bank soalan mereka pun banyak memuatkan soalan-soalan yang berkualiti tinggi dan lengkap dengan penjelasan jawapan. Paling best sekali korang boleh tengok bahagian mana yang  korang lemah, sebabnya learning port ni ada menyediakan tracking system untuk korang semak keputusan korang.
Ha kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal produk ni boleh la call or whatsapp kawan Semah ni nama dia Hana (014 224 9818), baik orangnya..cakap je Semah suruh contact (Semah pun nak jugak la fefeeling glamour, ajet-ajet ramai kenal😆)

Satu lagi nasihat Semah, korang kena rajin baca standard pembelajaran/hasil pembelajaran  ataupun di muka surat pertama setiap bab. Benda ni nampak remeh tapi amat penting ya. Sebelum start belajar korang kena tahu apa yang perlu korang fokus dan ambil tahu. Baru la senang time exam nanti. Kesilapan yang selalu pelajar-pelajar buat, termasuk la Semah dijaman dulu adalah baca mempig blind...lepas tu stress sebab tak ingat la..susah la..banyak benda nak ingat la..ha ni semua sebab tak ada sistem dan strategi masa belajar.

Ok untuk next posting Semah akan tulis tentang pengalaman kawan-kawan Semah yang minat sejarah. Selain daripada kawan-kawan Semah juga cuba akan dapatkan tips-tips sejarah daripada guru-guru sejarah dan juga pensyarah. stay tuned 

Comments

  1. Menarik Semah. Banyak input dpt tahu dgn adenya entry ni. Cayoookk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..teruskan bersama Semah dengan entry2 yg lebih menarik

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mengapa perlu belajar sejarah?

Mnemonik Sejarah

Tips cemerlang Sejarah!