Perkongsian Teknik Belajar Sejarah

Teknik belajar sejarah! wow gitu...

Ok sebenarnya hari ni Semah nak share teknik belajar sejarah daripada kawan Semah.
Semah rasa pengalaman kawan Semah ni berguna untuk dikongsi kepada korang yang masih bersekolah. Maybe korang boleh tiru style dia belajar sejarah dan dia ni memang minat sejarah. Pendek kata memang sentiasa score A la dia ni.

Woi Semah, sapa kawan ko tu? sibuk je nak cerita pasal dia.

Opppsss lupa Semah nak kenalkan. Kawan Semah ni namanya Meor Edward Othman Naim wow sangat kan nama dia..tapi Semah panggil Meon je..ambil setiap huruf pertama nama dia..hahaha padan la muka dia..nama nak gempak sangat..seksa Semah nk ngingatnya. Panggil Meon je kan senang. Berdasarkan namanya mesti korang bayangkan dia ni ala2 hero twilight kan? hahahaha apa yang Semah boleh katakan nama ni tak sesuai dengan rupa..kah..kah...



Tapi si Meon ni baik dan bijak orangnya..kalau korang minat nak kenal boleh la pm tepi..hehehe..Meon ni budak architecture UIAM, speaking berabuk weh..sesuai la dengan nama Edward dia tu..hahaha

Berbalik pada tujuan asal pasal Meon ni, Semah tanya dia macam mana dia boleh score Sejarah sebab di jaman sekolah dia ni tak rajin sangat baca buku lepas sekolah..maklumlah remaja purba..semua kena cara tradisional..takde belajar-belajar cara interaktif macam sekarang ni..untung la zaman korang ada semua tu.

Apa yang memudahkan Meon score A dalam sejarah. Pertama sekali haruslah minat, kalau awal-awal ko dah benci subjek tu, ko jangan perasan la nak dapat A! so minat tu perlu dipupuk. Macam mana nak pupuk minat? Nak minat, ko kena la faham atau kenal. Tak faham, tak kenal macam mana nak cinta..ada faham?

Selain daripada tu, Meon cadangkan untuk menggambarkan cerita atau kisah sejarah yang dibaca di dalam kepala. Kiranya korang gambarkan dalam otak la masa baca tu. Contoh berkenaan Melaka, sambil membaca korang gambarkan keadaan masa tu dan bayangkan korang ada di situ.

Disebabkan sejarah ni berkaitan dengan kejadian, jadi bagi memudahkan Meon menguasai sesuatu peristiwa sejarah, Meon akan ingat dan fahamkan apa punca kejadian tersebut berlaku dan apa akibatnya. Barulah mudah untuk kita ingat. Belajar ni perlu ada teknik tau.

Contohnya:
Kedatangan Portugis ke Melaka pada tahun 1511
Puncanya, untuk mendapatkan kekayaan, menyebarkan agama dan kemasyhuran.
Kesannya, Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka berakhir.

Then, lepas korang dah faham basic cerita ni, barulah korang masukkan atau fahamkan rempah ratus dalam cerita ni.

Contohnya:

Asal orang Eropah mula bersemangat nak kuasai jalan pelayaran ni dah lama tapi kemuncaknya pada
zaman Henry the Navigator. Lepas tu Sepanyol dan Portugis muncul sebagai kuasa besar Eropah memasuki perlumbaan untuk
menguasai jalan perdagangan rempah yang diakhiri dengan Perjanjian Tordesillas. Sepanyol ke barat, Portugis ke
timur sehingga melanjutlah ke Portugis ke Melaka.


Lepas tu masukkanlah lagi cerita lain seperti perkembangan Melaka yang pesat membangun sejak
dari awal penubuhannya sebagai sebuah pelabuhan entreport tumpuan pedagang dari India, China,
Arab, Parsi.
Lepas tu boleh kaji kisah penubuhan Melaka…daripada kisah Parameswara putera dari kerajaan
Sailendra pergi ke Temasik, bunuh Temagi dan terpaksa larikan diri akibat diburu Siam, singgah ke
Melaka dan seterusnya mendirikan kerajaan…

Selepas tu masukkan lagi data-data yang perlu untuk wujudkan satu susur masa yang lengkap untuk
setiap kejadian…

Tapi yang mustahaknya tetap kena ada kejadian, punca, kesan…ada 3 ni senang kerja nak hayati
pembelajaran sejarah tu…

Contoh dalam bentuk gambarajah:




Ok, ini adalah sebahagian daripada teknik macam mana Meon boleh sentiasa score A dalam sejarah. So lepas ni Semah akan cuba dapatkan maklumat daripada guru-guru pakar sejarah mengenai teknik untuk menjawab soalan dan menguasai sejarah.



Comments

  1. Terima kasih semah. Blog anda sgt membantu.

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah dapat A sejarah....!
    'andai dapat kuundurkan putaran dunia...akanku amalkan teknik-teknik ini...kompom boleh dapat A' hehehe..
    termenyanyi pulak....teruskan share ye Semah... sangat menarik input2 Semah ni!...moga adik-adik yang nak SPM tu boleh score A sejarah..

    ReplyDelete
  3. Tadok posting baru ke kak semah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mengapa perlu belajar sejarah?

Mnemonik Sejarah

Tips cemerlang Sejarah!